Wednesday 25 September 2019

Program Mengacau Bubur Asyura dan Bubur Lambuk

     25 September 2019 - Pihak Sekolah, PIBG Sekolah dan PIBK telah mengadakan program mengacau bubur Asyura dan bubur lambuk di mana melibatkan warga sekolah dan ibu bapa. Sebanyak 6 kawah bubur Asyura dan satu periuk bubur lambuk di masak pada program ini.






Ceramah Maal Hijrah

     25 September 2019 - Satu ceramah telah diadakan anjuran panitia Agama Islam TesTKa. Penceramah jemputan iaitu Ustaz Umar Bin Mohd Romzi telah menyampaikan ceramah bertajuk Maal Hijrah kepada murid-murid TesTKa.





Sambutan Hari Jadi Bulan Ogos & September

     25 September 2019 - Sambutan hari jadi kali ini melibatkan murid-murid dan guru yang lahir pada bulan ogos dan september. Seramai 105 orang murid dan 6 orang guru disambut dengan meriahnya dengan kek yang disediakan pihak sekolah dan sumbangan ibu bapa.







Thursday 19 September 2019

Motivasi Keibubapaan Murid Tahun 5 2019

     19 September 2019 - Unit bimbingan dan kauseling sekolah telah mengadakan satu motivasi keibubapaan di mana melibatkan ibu bapa dan murid tahun 5 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun depan. Motivator yang dijemput adalah En. Aziz bin Ibrahim di mana beliau berkongsi 7 amalan terbaik pelajar cemerlang untuk panduan ibu bapa dan murid-murid.








Wednesday 18 September 2019

Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan 2019

     18 September 2019 - Sambutan penutup bulan Kemerdekaan pada kali ini disambut dengan meriah sekali dengan beberapa aktiviti yang diadakan mengikut perancangan antaranya pertandingan melukis poster, mewarna, persembahan mengikut kelas dan perarakan berbasikal oleh murid tahap 2. sambutan penutup kali ini bertemakan pakaian mengikut pelbagai etnik yang ada di Malaysia antaranya Baju Melayu, Baju Kurung, Baju Cheongsam, Sari dan sebagainya.