Thursday 27 June 2019

Lawatan Bermaklumat ke Petrosains dan Aquaria KLCC

   27 Jun 2019 - Satu lawatan bermaklumat ke KLCC anjuran pusat sumber sekolah telah diadakan melibatkan pengawas pusat sumber. Lawatan ini melibatkan 2 buah tempat di KLCC iaitu Petrosains dan Aquaria KLCC dan akhir sekali murid-murid berpeluang melawat jambatan antara dua bangunan KLCC.













Wednesday 26 June 2019

Lawatan Bermaklumat Ke Agro Exotic Farm Bukit Besi

     26 Jun 2019 - Unit Bimbingan dan Kaunseling TesTKa telah mengajurkan lawatan bermaklumat ke Agro Exotic Farm di Bukit Besi melibatkan murid tahap 2 yang berminat. Lawatan ini bertujuan mendedahkan tentang kehidupan haiwan-haiwan dan bermain dengan binatang. Lawatan ini berakhir dengan aktiviti riadah iaitu mandi manda di kolam supa dupa.













Sunday 23 June 2019

Sesi Temu Murni Ibu Bapa Bersama Guru Kelas

     22 Jun 2019 - Majlis Temu Murni diadakan pada hari ini bertempat di kelas masing-masing. Tujuan majlis ini diadakan untuk memberi peluang kepada ibu bapa berjumpa dengan guru bagi mengetahui dan membincangkan tentang prestasi anak mereka. Semoga dengan adanya majlis ini, kejayaan anak-anak TesTKa akan terus meningkat.






Thursday 13 June 2019

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2019

      13 Jun 2019 - Sambutan Hari Raya peringkat sekolah pada tahun ini disambut dengan meriah sekali dengan juadah makanan yang disediakan oleh guru-guru mengikut rumah sukan masing-masing. Tidak lupa juga kepada AJK PIBG dikalangan ibu bapa yang turut serta menghidangkan makanan yang enak.










Wednesday 12 June 2019

Penyerah Sijil Peserta Pertandingan Tarian PKG Binjai

Aktiviti: Pertandingan Tarian PKG Binjai
Tarikh: 12/6/2019
Tempat: Sk Bandar Baharu B Mentok
Pencapaian: Johan





Penyerah Sijil Peserta Karnival Bahasa Melayu PKG Binjai

Aktv: Karnival Bahasa Melayu PKG Binjai
Tarikh: 12/6/2019
Tempat:Sk Seri Jaya
Pencapaian: Johan Bercerita Tahap 1,Pidato &Bercerita Thp 2(penyertaan)