Wednesday 10 July 2019

Lawatan Bermaklumat Murid Prasekolah Ke Noor Alfa Batik

     9 Julai 2019 - Prasekolah SKTK telah mengadakan lawatan bermaklumat kepada murid-murid prasekolah ke Noor Alfa Batik, Terengganu. Hasil daripda lawatan ini, murid prasekolah dapat mengetahui penghasilan batik dari proses awal pembuatan sehingga terhasil kain batik. Murid prasekolah juga berpeluang mencuba mewarna batik yang telah disediakan dan membawa balik hasil yang mereka telah warnakan. Selain itu, murid prasekolah juga berpeluang bermain dengan Arnab di zoo mini milik Noor Alfa Batik.















Sunday 7 July 2019

Solat Hajat Perdana Murid Tahun 6

     4 Julai 2019 - Panitia Agama Islam telah mengadakan program Solat Hajat Perdana dan bacaan Yassin bertempat di dewan Pendeta Za'ba. Program ini melibatkan ibu bapa murid tahun 6 bersama anak masing-masing dan warga SKTK.











Wednesday 3 July 2019

Karnival Pembangunan Sukan Hoki Bawah 11 MSSD Kemaman

     1 & 2 Julai 2019 - Pengurus Hoki TesTKa telah menghantar 3 pasukan hoki sekolah terdiri daripada 1 pasukan hoki lelaki dan 2 pasukan hoki perempuan ke Karnival Pembangunan Sukan Hoki Bawah 11 anjuran MSSD Kemaman bertempat di SK Seri Iman. Kumpulan A perempuan mendapat Johan manakala kumpulan B perempuan hanya dapat tempat ke 4 manakala pasukan lelaki berjaya mendapat tempat ke 3. Tahniah kepada semua..