Sunday 20 October 2019

Perkhemahan Integrasi Unit Beruniform SKTK 2019

     16 - 18 Oktober 2019 - Perkhemahan integrasi unit beruniform kali ini diadakan di tapak perkhemahan TatiUC dengan kerjasama pelajar TatiUC. Perkhemahan ini melibatkan murid seramai 90 orang melibatkan semua pelajar tahun 6 dan pelajar tahap 2 yang berminat.

















Wednesday 2 October 2019

Pertandingan Merekabentuk LEGO Peringkat Sekolah

     2 Oktober 2019 - Panitia Rekebentuk & Teknologi (RBT) SK Telok Kalong telah menganjurkan pertandingan merekebentuk LEGO peringkat sekolah melibatkan murid-murid tahun 1 hingga 6. Pertandingan ini mendapat sambutan yang amat menggalakan dimana murid-murid yang menyertai pertandingan ini perlu membawa LEGO set mereka sendiri. Semoga pertandingan sebegini dapat diteruskan lagi untuk masa hadapan.







Wednesday 25 September 2019

Program Mengacau Bubur Asyura dan Bubur Lambuk

     25 September 2019 - Pihak Sekolah, PIBG Sekolah dan PIBK telah mengadakan program mengacau bubur Asyura dan bubur lambuk di mana melibatkan warga sekolah dan ibu bapa. Sebanyak 6 kawah bubur Asyura dan satu periuk bubur lambuk di masak pada program ini.






Ceramah Maal Hijrah

     25 September 2019 - Satu ceramah telah diadakan anjuran panitia Agama Islam TesTKa. Penceramah jemputan iaitu Ustaz Umar Bin Mohd Romzi telah menyampaikan ceramah bertajuk Maal Hijrah kepada murid-murid TesTKa.





Sambutan Hari Jadi Bulan Ogos & September

     25 September 2019 - Sambutan hari jadi kali ini melibatkan murid-murid dan guru yang lahir pada bulan ogos dan september. Seramai 105 orang murid dan 6 orang guru disambut dengan meriahnya dengan kek yang disediakan pihak sekolah dan sumbangan ibu bapa.